Followers

Dec 4, 2011

Terima Kasih Sahabat




Sangat susah untuk mencari seseorang yg bernama SAHABAT...Oleh itu bagi sesiapa yg telah menemuinya,,jagalah perhubungan itu,,eratkanlah ikatannya agar tidak terputus tali persahabatan..

Alhamdulillah..kuucapkan rasa syukur kepadaMu ya Allah kerana telah menemukan mereka dengan seseorang yang bernama SAHABAT ..

Wahai SAHABAT , tetaplah menjadi sahabatku , yg sentiasa menasihatiku , yg sentiasa merelakan waktumu untuk mendengar keluh kesahku , yg sentiasa memberiku semangat dan yg sentiasa mengingatkanku disaat aku lalai..

Wahai SAHABAT , terima kasih atas segala kebaikan akhlakmu , terima kasih atas segala nasihat - nasihatmu , terima kasih atas segala kata semangat yg telah diberikan , terima kasih atas segala peringatanmu , terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..

Wahai SAHABAT , telah banyak kesalahan ku terhadapmu sama ada yg kusedari atau tanpa kusengaja , begitu juga dgn kekeliruanku yg terlontar daripada lisanku yg mungkin tanpa kutahu telah menyinggung perasaanmu , kuharapkan maafmu atas segala kesalahan yg telah ku lakukan , maafkanku SAHABAT ..

Ya Allah , jagalah sahabatku walau di mana dia berada , lindungilah dia dengan perlindunganMu , kuatkanlah iman dan taqwanya supaya sentiasa teguh berada di jalanMu , kuatkanlah jasadnya dengan segala anugerahMu , buatkanlah dia sentiasa tersenyum , sentiasa bersemangat dan istiqamah di jalanMu , ya Allah , izinkanlah kami bertemu di SyurgaMu kelak..Amin

TERIMA KASIH SAHABAT

No comments:

Post a Comment

Senyum dulu sebelum komen.. ツ

back to top