Followers

Dec 26, 2010

Orang Beriman Sebagai Penolong

Assalamualaikum..

Ayuh kita renung-renungkan.. ^_^

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya mendapat kemenangan." ( Surah al-Maidah ayat 55 hingga 56 )

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah S.W.T. , tetapi manusialah yang paling terkedepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya.

Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat-sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehidupan makhluk tersebut meengikut ketetapan Rabbul Jalil.

Logiknya lembu tidak pernah cuba untuk menjadi singa, supaya nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya.

Singa pun tidak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan kehidupan spesiesnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namun manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri.

Sebab itu kita begitu yakin bahawa keyakinan, penghayatan dan perlaksanaan tuntutan kalimah tayyibah ini sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya sebaliknya.

Tanpa ucapan kalimah ini akan menjatuhkan atau menjadikan seseorang itu serendah-rendah malah sehina-hina makhluk yang dijadikan oleh Allah S.W.T..

2 comments:

  1. syukran ats perkongsian ya ukhti ^_^

    ReplyDelete
  2. salam...teruskan usaha anda dgn entry utk kesedaran n keinsafan..tahniah

    ReplyDelete

Senyum dulu sebelum komen.. ツ

back to top