Followers

Dec 30, 2010

Doa Agar Mensyukuri Nikmat Allah

Assalamualaikum..

Doa yg kat atas tu boleh ditemui dalam surah al-Ahqaf ayat 15

Maksud bagi ayat tersebut :

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai ; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam ( yang tunduk patuh kepada-Mu )."

Keterangan Ayat

Menurut al-Imam al-Baghawi, ayat ini menceritakan kelebihan Abu Bakar r.a.. Beliau merupakan sahabat karib Nabi Muhammad S.A.W. sejak berusia 18 tahun. Apabila Muhammad S.A.W. dipilih menjadi Nabi, usia Abu Bakar r.a. ialah 38 tahun.

Berkat kesungguhannya berdakwah, beliau berjaya mengislamkan ayah dan ibu serta anak-anaknya.
Semua ini berlaku ketika usia beliau dalam lingkungan 40 tahun. Ini merupakan kelebihannya berbanding para sahabat yang lain. Ayat ini mengajar kita cara untuk bersyukur kepada Allah S.W.T..

( Tafsir al-Baghawi, tafsir ayat 15 surah al-Ahqaf )

Khasiat dan Kaifiat Beramal

Sebagai individu yang ingin mencontohi Abu Bakar r.a. , kita juga wajar mengamalkan doa ini sebagai tanda bersyukur atas nikmat iman dan Islam yang turut dinikmati keluarga kita.

Wassalam...

3 comments:

  1. subhanallah..syukran ya ukhti..sesungguhnya,syukur akn nikmat Allah adalah wajib.. ^_^
    kalau ade entry lgi,jmput la ana utk bce ye..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..afwan..dan insya-Allah..ana akan jemput jika ada entri yang baru.. ^_^

    ReplyDelete

Senyum dulu sebelum komen.. ツ

back to top